Terms and Condition for Agent
SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP EFFARY TRADING
1. SYARAT DAN PERATURAN
A. Sila baca dan fahami isi kandungan Perjanjian stokis/agent/dropship ini dengan teliti.
B. Ketika mengisi borang permohonan, sila pastikan anda menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, HQ berhak menolak permohonan anda untuk menjadi stokis/agent/dropship tanpa sebarang alasan.
C. Setiap stokis/agent/dropship akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM10 sebagai mendapatkan ID yang sah.
2. PEMULANGAN BARANGAN
A. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.
B. Pihak HQ tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan produk melebihi dari 7 hari dari tarikh stok diterima.
C. HQ tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi, salah tempat barang disimpan dan sebagainya.
3. PERTUKARAN BARANGAN
A. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan rosak sahaja.
B. Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set tidak boleh ditukar. Sekiranya pihak stokis/agent/dropship mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, pihak stokis/agent/dropship mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.
C. Jumlah nilai barangan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.
D. Barang yang rosak di tangan pihak stokis/agent/dropship tidak boleh dikembalikan kepada HQ. Itu adalah tanggungjawab pihak stokis/agent/dropship.
E. Barang-barang keluaran terdahulu dan lama tidak akan diterima oleh HQ dan ia merupakan tanggungjawab pihak stokis/agent/dropship untuk menghabiskan stok tersebut.
F. Pihak stokis/agent/dropship tidak dibenarkan menukar barangan dengan item yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak semasa penghantaran dari HQ dan ketika sampai pada pihak stokis/agent/dropship masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barang yang sama.
4. PEMBAYARAN DAN PESANAN BARANGAN
A. Setiap stokis/agent/dropship diminta membuat pesanan melalui Key-In Order mengikut user_ID yang diberikan
B. Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pihak HQ menerima bayaran dan online/transfer CDM (cash deposit machine).
5. PEMASARAN, PENGAWALAN PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN
A. HQ mempunyai ‘MARKETING DEPARTMENT & PRICING CONTROL’ yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh stokis/agent/dropship.
B. Sekiranya HQ menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
C. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, HQ berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status stokis/agent/dropship berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ‘MARKETING DEPARTMENT & PRICING CONTROL’
6. KOMISEN
A. Agent layak mendapat komisen RM10-RM60 daripada harga pasaran dan dropship layak mendapat komisen RM5-RM10 daripada harga pasaran.
7. DISIPLIN DAN SALAH LAKU
A. Setiap stokis/agen/dropship adalah di ingatkan supaya menjual produk mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Stokis/agen/dropship adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
B. Setiap stokis/agen/dropship adalah di ingatkan supaya menjual produk mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Stokis/agen/dropship adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
8. PERTUKARAN PRODUK SYARIKAT EFFARY TRADING DENGAN PRODUK SYARIKAT LAIN
A. Setiap stokis/agent/dropship adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran produk-produk keluaran Syarikat Effary Trading dengan mana-mana produk syarikat lain. Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, HQ berhak mengambil tindakan tegas beserta melucutkan daripada menjadi stokis/agent/dropship.
9. PENILAIAN PRESTASI
A. Setiap 3 bulan berturut-turut, HQ akan menilaikan prestasi jualan stokis/agent/dropship.
B. Sekiranya prestasi jualan stokis/agent/dropship tidak aktif atau tidak memuaskan, HQ berhak untuk menarik semula segala keistimewaan yang diberikan sepanjang menjadi stokis/agent/dropship dengan serta-merta. HQ juga akan mengeluarkan notis penamatan sebagai stokis/agent/dropship.
C. Agent mestilah mempunyai kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai stokis/agent/dopship untuk dapat meningkatkan prestasi jualan.
10. INSENTIF
A.HQ akan menilai prestasi jualan stokis/agent/dropship dan akan menawar insentif berbentuk barangan atau percuian di dalam negeri atau di luar negara.
B. HQ berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.
11. PERLUCUTAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP
A. Sekiranya berlaku perlucutan status stokis/agent/dropship, HQ TIDAK akan membeli balik (NO RETURN) semua produk daripada pihak stokis/agent/dropship.
B. Selain daripada itu, jika pihak stokis/agent/dropship ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, pihak HQ juga TIDAK akan membeli balik semua produk daripada stokis/agent/dropship.
Subscribe to our emails
Be the first to know about new collections and exclusive offers.